BENGKEL FONEK PRASEKOLAH BERSAMA IBU BAPA

TEMA: KELUARGA SAYA

February 04, 2010

CADANGAN PERKAEDAHAN PENGAJARAN

Teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran
· Teknik Main Peranan
· Teknik Permainan Bahasa
· Teknik Latih Tubi
· Teknik Bercerita
· Teknik Kuiz
· Teknik Soal Jawab
· Teknik Simulasi
· Teknik Drama dan Lakonan
· Teknik Perbincangan
· Teknik Demonstrasi
· Teknik Bermain
· Teknik Nyanyian
· Penggunaan ICT
· Pengajaran Bertema

Tujuan teknik pengajaran dan pembelajaran:
1. Menarik minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan rasa ingin tahu

  • TEKNIK MAIN PERANAN
    Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
    Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
    Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
    Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
  • TEKNIK PERMAINAN BAHASA
    Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
    Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.
    Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
    Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
    merangsang interaksi verbal murid,
    menambah kefasihan dan keyakinan,
    menyediakan konteks pembelajaran,
    bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan,
    bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
  • TEKNIK LATIHTUBI
    Teknik latihtubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
    Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
    Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
    Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
    Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
    Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
    Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
    1. Sebutan (accent): menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
    2. Tatabahasa (grammer): penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
    3. Perbendaharaan kata (vocabulary): meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
    4. Kefasihan (fluency): menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
    5. Kefahaman (comprehension): latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekniK ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
  • TEKNIK BERCERITA
    Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
    Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
    Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid.
    Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
    Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
    Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
    Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
    Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
    Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
    Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
    Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
    Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain ABM.
    Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
    Gerak badan dan mimik muka yang sesuai boleh digunakan bagi menarik perhatian kanak-kanak.
    Guru perlu peka pada reaksi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.
    Selepas bercerita guru perlu menyediakan aktiviti susulan sama ada menjawab soalan-soalan, meminta kanak-kanak bercerita semula, simulasi atau melakonkan bahagian-bahagian tertentu cerita bagi memastikan kanak-kanak memahami cerita. Selain itu, nyanyian, melukis dan kuiz boleh dijalankan sebagai pengukuhan (Faziah dan Norsiah, 1992).


    TEKNIK KUIZ
    Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British ( BBC )
    Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
    Tujuannya ialah :
    Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
    Murid dapat mengulangkaji sambil bergembira.
    Murid dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
    Murid dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
    Membantu murid memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
    Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
    Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, pengayaan, pemulihan dan pengukuhan.
  • TEKNIK SOAL – JAWAB
    Merupakan teknik paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
    Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
    Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
    Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
    Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
    1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid;
    2. Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis;
    3. Untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
    Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
    Soal Jawab Asas dalam pengajaran dan kaedah yang sangat berkesan bagi merangsang kanak-kanak berfikir dan belajar.
    Terdapat beberapa tahap soalan yang dapat menentukan tahap pemikiran kanak-kanak. Misalnya, soalan mengingat kembali adalah tahap soalan yang rendah bagi mendapat maklumat atau fakta seperti ‘siapa’, ‘apa’, ‘bila’ dan ‘di mana’; soalan kefahaman memerlukan pemahaman dengan memberi interpretasi, rumusan, contoh dan definisi seperti ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’; soalan analisis memerlukan penerokaan maksud tersirat dan hubungan, dan; soalan penilaian memerlukan pendapat dan kritikan (Hollingworth and Hoover, 1991).
    Guru perlu merancang soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada kanak-kanak.

  • TEKNIK SIMULASI
    Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
    Melalui teknik ini para murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
    Dalam proses ini murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
    Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
    Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
    Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • TEKNIK DRAMA
    Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
    Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
    Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
    Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
    Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
    Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.
  • TEKNIK LAKONAN

    · Main Peranan atau Lakonan Aktiviti dalam kumpulan atau kelas yang memberi peluang kepada kanak-kanak membayangkan dirinya sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.
    · Kesemua ataupun sebahagian kanak-kanak di dalam kelas berpeluang berlagak seperti watak yang terdapat dalam situasi.
    · Kanak-kanak yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati dan berpeluang memahami sesuatu berkaitan watak ataupun situasi dengan lebih mendalam.
    · Kanak-kanak yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku ataupun belajar berinteraksi (Koo Kee Peng dan Zainab, 1992).

  • TEKNIK PERBINCANGAN
    · Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.
    · Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan murid di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
    · Melibatkan aktiviti perbincangan antara murid secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi.
    · Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
    · Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh murid sendiri.
    · Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
    · Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
    · Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
    · Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
    · Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul.
    · Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

    TEKNIK DEMONSTRASI
    · Demonstrasi melibatkan tunjuk cara sesuatu perkara atau aktiviti sama ada oleh guru ataupun kanak-kanak kepada kanak-kanak lain.
    · Selepas demonstrasi, kanak-kanak akan menjalankan aktiviti secara berkumpulan, berpasangan ataupun ber-sendirian.
    · Sebelum demonstrasi, bahan-bahan yang akan digunakan perlu disediakan terlebih dahulu.
    · Semasa demonstrasi, guru perlu pastikan semua kanak-kanak dapat mengikuti perkara yang ditunjuk satu demi satu atau langkah demi langkah.
    · Selepas demonstrasi, guru perlu membimbing kanak-kanak mencuba atau melakukannya dengan betul.


    TEKNIK BERMAIN
    Bermain Aktiviti yang menggembirakan bagi kanak-kanak.
    Bermain mempunyai undang-undang yang perlu difahami dan dipersetujui oleh ahli kumpulan.
    Aktiviti bermain perlu mengamalkan gabungan kemahiran mental, fizikal dan emosi yang dapat menyuburkan pertumbuhan diri kanak-kanak secara menyeluruh.
    Aspek sosio-emosi ke arah pertumbuhan diri yang positif dan berkesan dapat diperkembangkan.
    Selain itu, melalui aktiviti bermain kanak-kanak dapat mengukuhkan penggunaan bahasa, kemahiran mengira, menanam keyakinan diri dan nilai murni, mengembangkan minat, berfikir dan bertindak secara fleksibel.
    Semua kemahiran itu penting bagi menyediakan kanak-kanak ke arah kemahiran belajar dan kemahiran hidup (Zarina dan Rosadah, 1992).

    TEKNIK NYANYIAN
    Nyanyian memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan suara bagi melahirkan perasaan. Umumnya kanak-kanak memang suka menyanyi.
    Emosi kanak-kanak tergambar menerusi seni kata lagu.
    Kanak-kanak berasa gembira dan seronok apabila menyanyi kerana nyanyian boleh merangsang minat kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan memberi peluang mereka melakukan pergerakan.
    Aktiviti nyanyian menggalakkan penglibatan menyeluruh kanak-kanak dan boleh dijalankan secara individu, ber-pasangan, kumpulan dan berpusingan.
    Menyanyi juga dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
    Selain itu, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas (Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, 1992).

    PENGGUNAAN ICT
    Penggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan tahap kanak-kanak menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, lebih tumpuan, menarik minat dan berkesan.

    PENGAJARAN BERTEMA
    Tema di pilih berasasakan keadaan setempat, bahan, tahap murid, musim dan minat murid.



    Rujukan: http://skmelatitawau.wordpress.com/2009/05/04/teknik-pengajaran-dan-pembelajaran/
    Kaedah Pengajaran:




No comments:

Post a Comment