BENGKEL FONEK PRASEKOLAH BERSAMA IBU BAPA

TEMA: KELUARGA SAYA

February 04, 2010

KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK MEMBINA BLOG PRASEKOLAH?

PROPOSAL PROJEK BLOG PRASEKOLAH

PENDAHULUAN
Dalam Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam abad ke-21, murid perlu didedahkan kepada teknik pembelajaran yang paling efektif. Justeru di dalam proposal projek saya, saya memutuskan untuk memilih Projek Blog Pra Sekolah. Isi kandungan blog saya ini akan menintegrasi ke semua subjek di dalam blog ini sepertimana yang terkandung di dalam Rajah 1: Model Kurikulumn SPN 21(lampiran A). Blog ini juga termasuk dalam organisasi kurikulum yang dipanggil sebagai Perkembangan Teknologi info-komunikasi (Information and Communications Technology (ICT)


PENGGUNA SASARAN

Peserta : Guru darjah, guru subjek, murid dan ibubapa.




MATLAMAT PROJEK
1) Memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid dengan menyediakan pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang meluas.
2) Untuk melahirkan individu yang celik IT dalam menggunakan dan mengendalikan komputer.
3) Untuk menyediakan kanak-kanak dengan ilmu pengetuan dengan menggunakan kemahiran asas teknologi info-komunikasi.



OBJEKTIF PROJEK
Pada akhir sesi projek ini dijalankan,murid-murid akan dapat:
1) Melayari laman sesawang dengan bantuan ibu bapa.
2) Menjawab soalan yang terdapat di dalam blog.
3) Menggunakan komputer sebagai alat pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Pendedahan awal ICT.




SKOP PROJEK
Projek ini berupayaan untuk menyimpan isi pelajaran yang berkaitan dengan level murid prasekolah. Ibubapa boleh muat turun bahan yang terdapat di dalam blog prasekolah ini. Blog prasekolah ini juga mengandungi aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan dan biodata murid. Biodata murid ini bertujuan untuk menarik minat ibubapa untuk melayari laman sesawang ini kerana mereka ingin mengetahui mengenai dengan anak mereka.




KENAPA SAYA MEMILIH PROJEK BLOG PRASEKOLAH?

Antaranya:
1) Percuma.
2) Tidak memerlukan perisian khusus (hanya memerlukan web browser).
3) Tidak memerlukan kepakaran pemprograman.
4) Mudah untuk dikemaskinikan.
5) Komunikasi dua hala pada bukan masa sebenar.
6) Sumber kewangan.
7) Isi kandungannya boleh dibaca di mana dan bila-bila masa sahaja.
8) Pesanan dalam bentuk lestari.
9) Menambah kemahiran menulis dan membaca pelajar.
10)Kemudahan/ciri interaktif boleh dimuatkan.
11) Gerbang kepada bacaan terarah.
12) Guru boleh memasukkan nota tambahan atau maklumat penting.


KESIMPULAN

Saya berharap agar projek blog prasekolah ini mendapat sambutan di kalangan ibu bapa selain dari guru-guru prasekolah dan murid-murid itu sendiri. Dengan kehadiran blog ini di peringkat prasekolah, ibubapa dan guru-guru akan dapat memanfaatkan isi kandungannya dan berfungsi sebagai penyumbang ilmu kepada masyarakat.




No comments:

Post a Comment