BENGKEL FONEK PRASEKOLAH BERSAMA IBU BAPA

TEMA: KELUARGA SAYA

February 04, 2010

SKIM RANCANGAN MENGAJAR PRA SEKOLAH

PENGENALAN
Guru perlu membuat perancangan bagi proses pengajaran. Perancangan yang positif akan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Menurut Burden dan Byrd 1999, Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menentukan jarak sesuatu tajuk yang akan diajarkan.

PENGERTIAN RANCANGAN KERJA
Rancangan kerja adalah perancangan yang disediakan secara sistematik oleh seseorang guru mata pelajaran dengan berpandukan sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Brunei. Rancangan kerja ini akan menjadi rujukan kepada guru mata pelajaran atau guru lain yang menggantikannya dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan kerja dipanggil juga Rancangan Pengajaran Tahunan yang disediakan oleh guru mata pelajaran bagi tempoh setahun. Penyediakan rancangan kerja biasanya dibuat sebelum sesi persekolahan bermula, sebaik sahaja penentuan dibuat oleh pihak pentadbir sekolah. Semasa menyediakannya, guru mesti berpandukan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran mata pelajaran berkenaan di samping tahap kebolehan kelas berkenaan, senarai cuti tahuan dan cuti penggal persekolahan. Hal ini penting bagi memastikan agihan topik-topik pengajaran dan bilangan hari persekolahan yang sebenar mencukupi bagi menghabiskan sukatan mata pelajaran dalam setahun. Rancangan Kerja Tahunan boleh dibuat setahun terus, dipecahkan mengikut penggal atau mengikut bulan. Ia meliputi Tajuk/Aspek pembelajaran, kemahiran, nilai, hasil pembelajaran/objektif, bilangan minggu dan catatan.


KEPENTINGAN RANCANGAN KERJA
1. Membolehkan guru merancang pengajarannya secara lebih sistematik dan teratur serta memenuhi memenuhi kehendak sukatan pelajaran.
2. Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
3. Membantu guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai.
4. Membantu guru supaya pembelajarannya lebih bersistematik dan berkesan.
5. Memberi keyakinan kepada guru-guru terutamanya guru-guru baru.
6. Memastikan guru tidak menyeleweng dalam pengajaran.
7. Membolehkan sukatan pelajaran dihabiskan mengikut jadual.
8. Memudah guru lain mengambil kelas berkenaan.
9. Sebagai suatu dokumen rasmi yang akan dirujuk dan disemak oleh pengurusan sekolah, jemaah nazir, pegawai-pegawai jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan.
10. Daripada segi professionalisme, guru perlu bertanggungjawab terhadap tindak tanduk melalui rekod atas apa-apa yang dilakukannya.

Rujukan:
http://books.google.com.bn/books?id=gD5AKc5OzAsC&pg=RA1-PA182&lpg=RA1-PA182&dq=Penyediaan+Rancangan+Mengajar+Tahunan&source=bl&ots=O5JE-BM1Zm&sig=-R1uyvHhZ-KwMoKZx1C3AbcqudM&hl=ms&ei=W31hSveAK5aG6wPj5NWcDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=4

No comments:

Post a Comment